Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara
pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan
keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari
yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa
dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik
dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki
dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata
yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka
sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada
isterinya:
"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam
majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan
tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan
majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan
hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.
Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah
hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita
bersama lebih bahagia ...".
Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal
dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji
tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat
hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk
kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat
untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas
dalam benak mereka masing-masing.
Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia
membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata
suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali
yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia
mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai
mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa
airmata isterinya mulai mengalir...
"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.
"Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.
Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang
tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan
manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,
"Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".
Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Sayang tidak
mencatat sesuatupun di atas kertas sayang. Sayang
berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan sayang tidak
ingin mengubah akan diri abang. Abang adalah diri
abang sendiri. Abang kacak dan baik di sisi sayang.
Tiada satupun daripada peribadi abang yang sayang
dapati kurang ..."
Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh
pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati
isterinya... bahawa isterinya menerima dirinya
seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis...
P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain,
carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup
SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?...
Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita
PERASAN.
Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan
sentiasa ada yang perlu diperbaiki... wallahua'lam...
"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita
kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan
kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas
menyayangi diri kita...
Khamis, 11 Mac 2010
PENGAJARAN.....tersentuh sgt..............
write by :) the yaya at 9:57 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan